CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24279|Reply: 0

[Johor] Lelaki Indonesia ditahan bersama dadah bernilai RM150,000

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:31 PM | Show all posts |Read mode

Dadah yang dirampas dalam serbuan operasi khas di kawasan Sungai Rengit. FOTO IHSAN POLIS

Kota Tinggi: Lelaki warga Indonesia ditahan bersama sejumlah dadah bernilai RM158,772 di kawasan Sungai Rengit di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek berumur 31 tahun, ditahan 2.45 pagi dalam operasi khas yang dilancarkan oleh Polis Marin bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Katanya, sindiket pengedaran dadah ini menggunakan bungkusan teh cina sebagai modus operandi untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Antara dadah dirampas adalah methamphetamine seberat 2,267 gram bernilai RM72,544; 776 gram (g) ketamin (RM38,800) dan 284 g serbuk ekstasi (RM47,428).

"Rampasan dadah ini mampu menampung keperluan sehingga 16,161 orang penagih," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Yusof, selain dadah, pihaknya turut merampas pasport milik suspek dan menyita wang tunai RM100.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 28 Januari depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051704 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list