Johor Bahru : Lelaki yang tular menampar kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), sebelum ini, akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada Isnin lalu dan mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Pada 16 Januari lalu, media melaporkan, hanya kerana lorinya gagal pemeriksaan Puspakom, seorang lelaki menampar kakitangan Puspakom Johor Bahru, November lalu.
Disiarkan pada: Januari 23, 2025
|