View: 26389|Reply: 1
|
[Tempatan]
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pertukaran itu selaras arahan melaksanakan dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter melebihi lima tahun ketika dalam amanat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar baru-baru ini.
"JPJ juga sedang memperincikan senarai nama penjawat awam yang bertugas di kaunter JPJ untuk dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"JPJ yakin langkah ini akan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan melalui kaunter perkhidmatan JPJ," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shamsul Azri ketika menyampaikan Amanat Tahun 2025 mengarahkan JPA meneliti dan melaksanakan pusingan kerja semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan kerajaan.
Beliau menegaskan, tempoh lima tahun untuk bertugas di kaunter perkhidmatan disifatkan terlalu lama.
Dengan pelaksanaan pusingan kerja itu, pergerakan besar-besaran membabitkan penjawat awam bakal berlaku.
Mengulas lanjut, Aedy Fadly menegaskan, usaha itu juga sebagai elemen penekanan terhadap aspek integriti petugas kaunter JPJ.
Katanya, ia juga berupaya meningkatkan kemahiran dan pengalaman penjawat awam terutamanya warga kerja JPJ dalam penyampaian perkhidmatan.
"JPJ komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat selaras dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam," katanya.
Sumber : - Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So nak tukarkan mereka kepada kerja backoffice dan pekerja backoffice pula kerja kaunter? Tak semua orang layak dan mampu kerja kaunter layan kerenah orang yang datang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|