View: 25468|Reply: 1
|
[Dunia]
Lamaran tak jadi, girlfriend lapar termakan cincin dalam kek
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki tidak menyangka kejutan lamarannya terhadap teman wanita tidak menjadi gara-gara cincin emas yang diletakkan di dalam kek nyaris dimakan.
Kejadian itu berlaku apabila teman wanitanya yang kelaparan hampir termakan pencuci mulut berkenaan dan 'mengunyah' cincin yang ada di dalamnya.
Insiden tersebut dikongsi oleh seorang warga maya bernama Liu dari Guang’an, Sichuan di China, menerusi satu hantaran di media sosial.
Dalam hantarannya, Liu mengimbas kembali dia pulang ke rumah pada suatu petang dan segera memakan kek yang disediakan oleh teman lelakinya.
Pada mulanya dia menganggap ia ada kaitan dengan kualiti kek dan mahu mengadu pada kedai roti.
"Kek itu ditutup dengan lapisan serunding daging yang tebal, jadi saya hanya makan sehingga saya menggigit sesuatu yang keras. Saya segera meludahkannya," katanya.
Menerusi hantaran sama, Liu menunjukkan gambar cincin emas tersebut terbelah dua, dipercayai digigitnya.
Namun menyedari rasa tidak puas hatinya, teman lelakinya memeriksa kek rersebut dan akhirnya mendedahkan bahawa ia mungkin disebabkan oleh cincin yang diletakkan untuk melamarnya.
Pada mulanya dianggap sebagai gurauan, dia kemudian melakukan pemeriksaan menyedari benda asing di dalam kek tersebut sebenarnya adalah sebentuk cincin emas.
Walaupun kejadian itu melucukan, namun pasangan itu gembira apabila bersetuju untuk menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh nasib baik tak tertelan |
|
|
|
|
|
|
| |
|