![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250102/ubowebfiller1.jpg)
BINTULU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jepak di sini telah ditutup tepat jam 3 petang tadi.
Ini berikutan kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan telah kembali ke kediaman masing-masing.
Pusat pemindahan ini ditutup atas arahan komander operasi bencana dan penolongnya susulan situasi banjir yang semakin reda.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bintulu dalam pada itu menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua agensi, jabatan dan individu yang terlibat dari urusan pemindahan sehingga ia ditutup semalam.
"Pihak pengurusan pada masa sama amat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta serta orang perseorangan yang turut menghulurkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban mangsa terjejas," ujarnya.
|