CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12351|Reply: 0

[Sarawak] Rumah panjang rosak teruk, mangsa banjir mungkin tinggal lebih lama di PPS

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:16 AM | Show all posts |Read mode


Gira meninjau salah satu PPS yang masih aktif di Selangau hari ini.

SELANGAU: Penduduk dua rumah panjang di kawasan Selangau mungkin terpaksa tinggal lebih lama di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Penghulu Balang Sekuau akibat kerosakan teruk pada kediaman mereka akibat banjir baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir Christopher Gira Sambang berkata, Rumah (Rh) Harrison dan Rh Jimnun adalah antara yang paling teruk terjejas.

Akibatnya, penduduk kedua-dua rumah panjang tersebut terpaksa tinggal di PPS sehingga keadaan kembali selamat.

"Kami sedang menilai tahap kerosakan kedua-dua rumah panjang ini bagi menentukan jenis bantuan yang sesuai," katanya ketika ditemui hari ini.


Gira sedang mendengar taklimat daripada kakitangan yang bertugas di salah satu PPS di Selangau hari ini.

Terdahulu, beliau melawat PPS Dewan Penghulu Balang, Sekuau serta PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tong Ah, Selangau.

Pada masa yang sama, beliau menyerahkan Bantuan Makanan kepada 121 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima rumah yang terjejas akibat banjir di kawasan Selangau.

Menurutnya, setakat ini seramai 1,052 mangsa banjir dari 67 rumah panjang di kawasan Selangau telah dikenal pasti.

"Kerajaan telah menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di kawasan ini.


Salah seorang mangsa banjir menerima bantuan makanan daripada Gira di Pejabat Daerah Selangau hari ini.

"Setiap rumah panjang yang terlibat menerima bantuan yang diperlukan," katanya.

Gira menambah, kerajaan sedang berusaha memastikan semua rumah panjang yang terputus hubungan akibat banjir menerima bantuan sewajarnya.

Bagi keluarga yang terpaksa tinggal lebih lama di PPS, bantuan lebih lanjut akan dipertimbangkan, ujarnya.

Sementara itu, bantuan kewangan RM1,000 yang diumumkan kerajaan hanya akan disalurkan kepada keluarga yang berdaftar di PPS.


Gira bertanya khabar salah seorang mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Selangau hari ini.

Gira menjelaskan, mereka yang tidak berdaftar di PPS atau tinggal di rumah saudara mara akan dipertimbangkan berdasarkan alasan tertentu.

"Kerajaan akan menilai kes-kes di mana keluarga tidak berpindah ke PPS kerana sebab-sebab tertentu dan jika layak bantuan sama akan dipertimbangkan kepada mereka," tambahnya.

Menurut Gira, keadaan banjir di Selangau dilaporkan semakin pulih dengan paras air mulai surut dan cuaca semakin baik.

Katanya, terdapat empat PPS dibuka di Selangau dan satu daripadanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip sudah ditutup.

Tiga lagi masih aktif iaitu di Dewan Serbaguna Selangau, SJKC Tong Ah Selangau dan Dewan Penghulu Balang Sekuau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070315 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list