CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9609|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di Sarawak: 5,757 mangsa berlindung di 32 PPS

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode


Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Seramai 5,747 mangsa banjir masih berlindung di 32 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,660 keluarga di enam bahagian terjejas akibat banjir.

Enam bahagian masih terjejas banjir adalah Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri manakala tiga lagi bahagian iaitu Kuching, Betong dan Kapit masing-masing pulih daripada banjir.

Bahagian Bintulu masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,966 orang yang ditempatkan di tujuh PPS yang masih dibuka.

Manakala bahagian Miri merekodkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi iaitu seramai 1,404 orang yang ditempatkan di 10 PPS.

Di bahagian Sibu, terdapat seramai 848 mangsa banjir masih ditempatkan di lima PPS dan seramai 792 mangsa ditempatkan di dua PPS di Serian.

Bahagian Mukah pula merekodkan seramai 443 mangsa banjir yang masih ditempatkan di lima PPS manakala di Samarahan, terdapat tiga  PPS masih dibuka menempatkan seramai 294 mangsa.

Dalam pada itu, selain PPS banjir, turut dibuka satu PPS bagi mangsa tanah runtuh di Miri dan satu lagi PPS bagi mangsa kebakaran di Sibu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.050077 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list