CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20824|Reply: 0

[Johor] 10,000 sekolah satu sesi menjelang 2030

[Copy link]
Post time 6-2-2025 10:19 PM | Show all posts |Read mode

FADHLINA pada sidang media di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang Johor, hari ini. FOTO Mohamad Fahd Rahmat.

Kluang : Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi di lebih 1,000 sekolah lagi seluruh negara menjelang 2030.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini lebih 9,000 sekolah rendah dan menengah kerajaan sudah melaksanakan sesi itu.

Katanya, kerajaan perlu mempertingkatkan infrastruktur, perjawatan dan pengurusan lain bagi memenuhi maksud berkenaan.

"Ya, ini sebenarnya perkembangan pendidikan yang sangat baik sebenarnya. Kita ada kira-kira 10,000 sekolah dan lebih 9,000 sudah melaksanakan persekolahan satu sesi... sedikit lagi yang perlu kita uruskan.

"Kita perlu mengambil kira banyak faktor termasuk kekangan tempat, premis sekolah itu sendiri dan pengurusan lain yang perlu kita ambil perhatian.

"Tetapi memang menjadi hasrat kita untuk menjadikan satu sesi persekolahan sahaja untuk menjadikan sekolah tempat yang kondusif untuk anak-anak.

"Jadi insya Allah mudah-mudahan saya ingat kita berhasrat untuk melihat lebih banyak lagi sekolah melaksanakan satu sesi," katanya pada sidang media sempena INTAN Minister's Conversation : Pendidikan Menyemai Kepimpinan, Membentuk Generasi Masa Hadapan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan hampir 9,000 sekolah di seluruh negara sudah mula menggunakan sistem satu sesi bagi meringankan beban yang digalas oleh guru.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor berkata, sehingga Disember lalu terdapat 8,997 buah sekolah atau 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di Malaysia telah melaksanakan sistem satu sesi.

Mengulas mengenai hukuman rotan kepada pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah, Fadhlina berkata, itu adalah kuasa guru besar, pengetua serta guru disiplin, dan sudah ada garis panduan jelas berhubung hukuman rotan ini.

"Garis panduan ini sudah lama dan ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang memang kita hadkan kepada mereka yang tertentu sahaja," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047958 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list