CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14575|Reply: 0

[Johor] HPUSIM MAMPU BERI IMPAK POSITIF

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:47 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YBhg. Tuan Haji Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan HPUSIM di Sedili. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

KotaTinggi – Projek Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (HPUSIM) di Sedili bakal memberi impak dalam aspek pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan memacu sektor pelancongan kesihatan di Kota Tinggi.

Dibina secara berfasa bermula tahun ini sehingga 2033, pembinaan kompleks melibatkan kos RM938 juta dalam Belanjawan 2023 itu menjadi cerminan kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan.

Hospital pengajar pertama di Johor itu turut diyakini akan menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada anak tempatan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi terutama dalam bidang penjagaan kesihatan profesional.

HPUSIM berkapasiti 300 katil apabila siap kelak bakal menjadi hospital pengajar termaju dan patuh syariah dengan kelengkapan teknologi tinggi hijau selain dilengkapi Pusat Rawatan Tertiari, Pusat Rehabilitasi dan Sains Sukan, Pusat Rawatan Hiperbaric Oksigen.

Kerajaan Negeri komited dalam memudahcara proses pembinaan kompleks berkenaan menerusi gerak kerja sepasukan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi supaya dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan optimum buat penduduk Kota Tinggi.

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor bersama YBhg. Tuan Haji Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan HPUSIM di Sedili, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068869 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list