CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18993|Reply: 0

[Johor] Barang kemas RM157,000 kena kebas

[Copy link]
Post time 7-2-2025 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 7-2-2025 10:13 AM


Gambar hiasan.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM157,000 apabila barang kemas miliknya dikebas dalam kejadian di Taman Harmoni, Skudai di sini disyaki dikebas dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu menyedari barang kemas miliknya yang disimpan di tempat sembahyang di kediamannya lesap kira-kira pukul 8 malam sebelum membuat laporan polis tiga jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, susulan itu, hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pecah rumah di kediaman pengadu.

Katanya, susulan itu pihaknya membuat enam tangkapan di kawasan Skudai pada Isnin lalu terdiri daripada empat remaja lelaki berusia 17 dan 18 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 32 dan 42 tahun.

“Polis berjaya membuat rampas pelbagai barang kemas termasuklah tiga utas rantai leher, dua utas gelang tangan, satu bentuk cincin, tiga kerabu hidung, enam pasang anting-anting dan dua loket subang.

“Turut dirampas ialah tujuh keping resit pajak gadai serta sekeping resit belian balik dan kesemua barang kemas yang dirampas itu bernilai kira-kira RM70,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Balveer Singh berkata, hasil semakan ke atas keenam-enam individu terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ujarnya, kesemua suspek direman selama empat hari berakhir esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.125096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list