CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27402|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Guru kaunseling tak mengaku lakukan amang seksual kepada dua murid

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode



Seremban: Guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal masing-masing terhadap dua murid, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Kharulnizam Muslin, 45, yang mengaku tidak bersalah hadapan hakim, Datin Surita Budin turut berdepan satu pertuduhan menyimpan 180 gambar dan video penganiayaan seksual kanak-kanak, dua tahun lalu.

Tertuduh turut tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai guru kaunseling.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang di dalam bilik kaunseling sebuah sekolah kebangsaan di Seremban 2, pada awal hingga akhir Mei 2023 dan awal September 2023.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Selain itu, tertuduh didapati dalam milikannya komputer riba mengandungi 180 gambar-gambar dan video bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan pada 12 Disember 2023 di sebuah rumah di Taman Warisan Puteri di sini.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Baizura Mohd Saubian menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan empat syarat tambahan.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memberitahu jaminan RM30,000 yang ditawarkan bagi setiap pertuduhan terhadap anak guamnya adalah sangat tinggi dan membebankan.

"Anak guam saya ialah penjawat awam dan sekarang tidak lagi mengajar dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban, isterinya pula hanya suri rumah.

"Saya mohon agar jaminan minimum diberikan kerana tertuduh mempunyai dua anak masih bersekolah berusia 11 dan empat tahun," katanya.

Katanya, tertuduh juga memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan dan bersedia menerima apa-apa syarat tambahan ditetapkan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes 7 Mac depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036645 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list