CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27400|Reply: 0

[Johor] Suami isteri kesempitan hidup sehingga dua bulan tinggal di dalam kereta dibantu Exco

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:05 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Jafni melihat pasangan suami isteri yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa tinggal di dalam kereta serta berpindah randah, di sini, semalam. FOTO ihsan Exco

Iskandar Puteri: Pasangan suami isteri yang kesempitan hidup sehingga terpaksa tinggal di dalam kereta serta berpindah randah selama dua bulan bersama keluarga mendapat perhatian kerajaan negeri.

Kisah pasangan itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor di akaun Facebooknya, hari ini.

"Semalam ketika solat Zohor di Masjid Kota Iskandar, saya dimaklumkan ada sepasang suami isteri yang dua bulan tinggal di dalam kereta dan berpindah randah kerana terpaksa mengosongkan rumah sewa atas faktor kesempitan hidup dan masalah kewangan.

"Saya memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid untuk membantu pasangan suami isteri ini," katanya dalam muat naik berkenaan.

Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Permai berkata, pihaknya juga meminta pegawai Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor untuk segera menempatkan pasangan itu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di bawah unit kecemasan PKPJ.

"Sebelum Maghrib semalam dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di bawah penyelarasan Mohd Fared pasangan ini dipindahkan ke PPR Kempas.

"JKM di bawah penyelarasan Khairin Nisa juga akan memberikan bantuan yang bersesuaian bagi memastikan pasangan ini boleh meneruskan hidup mereka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan berusaha sehabis baik memastikan kebajikan rakyat Johor dijaga.

"Semoga pasangan ini akan terus kuat semangat meneruskan hidup mereka," katanya.

sumber: hmetro












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.219877 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list