CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27463|Reply: 0

[Johor] Polis serbu stor, rampas minyak sawit mentah dan barangan bernilai RM2.49 juta

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:10 PM | Show all posts |Read mode

PPM Wilayah Dua (W2) Johor menyerbu sebuah premis tidak bernombor yang dijadikan stor pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di Air Bemban, Kulai, semalam. FOTO IHSAN POLIS

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menyerbu sebuah premis tidak bernombor yang dijadikan stor pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di Air Bemban, Kulai, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, polis bersama penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Selatan melakukan serbuan itu menerusi Op Taring Landai Khas sempena Tahun Baharu Cina pada 10 pagi.

"Hasil daripada serbuan di stor itu, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai pengusaha premis.

"Dalam operasi itu juga kita merampas 171 tangki berisi minyak sawit dengan anggaran isi padu sebanyak 170,400 liter, sebuah treler, dua forklif dan tiga unit hos.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2.49 juta," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005 bagi kesalahan beroperasi tanpa lesen dan Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) 201).

Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada penguat kuasa MPOB untuk tindakan selanjutnya.

"Polis terus komited dalam membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang dan boleh menjejaskan ekonomi," katanya.


sumber: hmetro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.039796 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list