CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27530|Reply: 0

[Johor] Tukang masak ‘part time’ sindiket along didenda RM3,500

[Copy link]
Post time 7-2-2025 05:19 PM | Show all posts |Read mode

CHIN XI didenda RM3,500 setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat merah terhadap dua kenderaan milik seorang lelaki di Mahkamah Majestret, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang tukang masak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat merah terhadap dua kenderaan milik seorang lelaki, dua minggu lalu.

Tertuduh, Rianovent Teo Chin Xi, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cat merah kepada dua buah kenderaan jenis Proton dan Kia sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM500 terhadap mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis kediaman beralamat Jalan Camar 8, Taman Perling di sini pada pukul 2 petang, 26 Januari lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berasingan atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat serupa terhadap dua rumah kediaman sehingga menyebabkan pemilik mengalami kerugian masing-masing sebanyak RM57 dan RM60.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap rumah kediaman di Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda di sini pada pukul 6 pagi, 10 Januari lalu serta di Taman Johor Jaya di sini pada pukul 8 pagi, 25 Januari lalu.-KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.945245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list