CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14705|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Gudang proses minyak sawit terbakar, 2 pekerja melecur

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:39 AM | Show all posts |Read mode


Nilai: Dua pekerja sebuah kilang memproses minyak sawit melecur tahap dua dalam kebakaran di premis berkenaan di Jalan Nilam 3, Taman Nilai 3, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kilang berkenaan dianggarkan terbakar 20 peratus selain sebuah skylift dan jengkaut turut hangus.

Komander Operasi, PBKI Mohd Amin Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.09 tengah hari sebelum sepasukan petugas bergegas ke lokasi.

"Pasukan dengan kekuatan 11 pegawai dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai tiba 10 minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan sebahagian daripada struktur kilang yang berukuran 2296.36 meter persegi berlaku di bahagian gudang proses minyak mentah sawit dan pemadaman berjaya dikawal," katanya, hari ini.

Mohd Amin berkata, kebakaran itu juga membabitkan 'skylift' dan sebuah jengkaut.

"Terdapat dua pekerja warga Myanmar dan India dilaporkan cedera.

"Mangsa menerima rawatan sebelum di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. Keluasan kebakaran dianggarkan 20 peratus dan berjaya dipadamkan pada jam 1.55 tengah hari," katanya.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list