CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25118|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tak dapat kawal cara beli belah rakyat

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan. FOTO janaan AI

Nilai: Kerajaan negeri sedaya upaya 'menyelamatkan' Pusat Perniagaan Nilai 3, di sini, daripada mati atau menjadi pekan berhantu.

Bagaimanapun, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, pihaknya tidak mengawal perubahan cara membeli-belah rakyat.

"Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga sedia maklum dengan situasi yang berlaku di Nilai 3. Ia juga menjadi salah satu kebimbangan kepada kami.

"Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, malah secara tidak langsung memberi impak kepada kerajaan negeri dari sudut ekonomi," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai berkata, sepanjang tahun ini sahaja MBS memperuntukkan lebih RM17 juta bagi projek membabitkan infrastruktur.

"Ia sama ada membaik pulih atau membangunkan infrastruktur di kawasan itu seperti membaiki jalan, lampu jalan, sistem perparitan, kemudahan asas dan landskap.

"Kemudahan ini penting bagi memastikan kawasan ini lebih baik sekali gus menarik pengunjung datang. Sebab itu kita tidak dengar masalah banjir, lampu jalan atau sampah di kawasan ini," katanya.

Jelasnya, tidak dinafikan jumlah pengunjung ke kawasan berkenaan berkurangan, namun masih ramai yang datang terutama pada hujung minggu.

"Saya difahamkan perubahan cara membeli-belah orang ramai ketika ini yang beralih ke medium atas talian seperti Shopee dan TikTok dengan pelbagai pilihan barang dan harga antara punca kawasan perniagaan Nilai 3 menjadi suram," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list