|
GLADSTONE: Pilihan utama, Na Yeon Choi dari Korea Selatan akan berdepan pemain Scotland, Catriona Matthew pada pusingan pertama kejohanan LPGA Match-Play yang menawarkan hadiah bernilai AS$1.5 juta (RM4.55 juta), bermula hari ini.\rUndian secara rawak kelmarin menemukan dua pemain itu bagi saingan di Kelab Golf Hamilton Farm, yang membuka tirai dengan 32 perlawanan hari ini dan berakhir dengan separuh akhir dan final 18 lubang bagi merebut hadiah utama AS$375,000 (RM1.14 juta) pada Ahad.\r\n\n\n\n\r Kedudukan pilihan ditentukan berdasarkan senarai hadiah kemenangan LPGA tahun lalu berbanding kedudukan ranking semasa, menambah satu lagi perubahan terhadap kebiasaan, yang menyaksikan 32 pemain teratas tahun lalu berdepan lawan dipilih menerusi undian rawak.\r\r\n\n\n\n\n Pemain nombor satu dunia dan pendahulu senarai hadiah kemenangan LPGA, Yani Tseng dari Taiwan, selaku pilihan keempat kejohanan diundi berdepan pemain Amerika, Marcy Hart, pemain yang menduduki tangga kedua terbawah di kalangan 64 pemain. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|