CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Idam konsert dihadiri pemimpin

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Peminat titis air mata saksikan Jamal menyanyi untuk ibuNILAI eksklusif Jamal Abdillah tidak pernah menyusut. Persembahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kasihnya Ibu… sempena sambutan Hari Ibu menjadi bukti kedudukan Raja Pop itu masih di tangga teratas.\n\n\n\nSelepas persembahan yang menyaksikan 66 meja bernilai hingga RM5,000 itu habis dijual seminggu sebelum majlis berlangsung, penganjur merancang mengadakan pula konsert penghibur tersohor itu menjelang akhir tahun ini.\n\n\n\n\nPada saat penyanyi lain terkial-kial mencari penganjur serta penaja bagi merealisasikan impian beraksi di persembahan berskala mega, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali hanya perlu membuka mulut menanti maklum balas pihak berkaitan.“Syukur dengan sambutan hari ini. Jika diizinkan-Nya saya mahu mengadakan konsert ketika Perhimpunan Agung UMNO nanti, yang boleh dihadiri ramai pemimpin terutama Perdana Menteri.“Hasrat ini sudah ada sejak tahun lalu lagi, malah saya harap menerusi siri perbincangan bersama PWTC dan beberapa bakal penaja, impian ini dapat direalisasikan,” katanya pada sidang media usai persembahan yang diacarakan Dee.Tidak lekang dengan ucapan terima kasih, senyuman penghibur yang sudah menginjak usia 52 tahun itu sentiasa menguntum di bibir malah satu persatu persoalan dibalas sebaik mungkin, termasuk isu bersangkutan peribadi.\n\n\n\nMalah pada persembahan, dia seakan meluahkan rasa dengan pengikut tegarnya. “Walaupun ramai sayangkan saya, sampai hari ini saya masih sendiri,” ucapnya penuh bermakna.Pengalaman nyata mendewasakan bintang ini kerana jika dibandingkan dengan suatu masa dulu, sikapnya pada zaman muda yang dikatakan cepat ‘panas’ seakan sudah menghilang dan kini, tatkala di pentas, Jamal mengakui lebih gemar berceloteh daripada sekadar menyanyi.“Dulu saya memang pemalu. Lama-kelamaan saya sedar, buat apa malu sebab yang datang adalah mereka yang sayangkan saya. Peminat setia umpama keluarga terdekat yang seharusnya tiada jurang pemisah,” luahnya penuh bermakna.Berkongsi persediaannya menghadapi konsert berskala besar, tambah penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu, sememangnya dia sudah lama bersedia, hanya menanti hari bersejarah itu direalisasikan saja.Dekat dengan peminatMENYINGKAP semula persembahan Kasihnya Ibu..., bagai direncanakan lebih awal pilihan lagu menjurus penghargaan terhadap golongan hawa yang cukup berjasa itu, malah dendangannya amat menyentuh hingga ramai menitiskan air mata.Antara dendangan penuh syahdu ialah Kasihnya Ibu, yang diakui penyanyi itu sendiri menjadi kegemaran arwah ibunya, sekali gus ia begitu bermakna.“Saya masih ingat menyanyikan lagu itu di tangga sambil bermain gitar. Waktu itu saya belum bergelar penyanyi. Ibu saya yang sedang memasak di dapur seronok sungguh sampai berkali-kali meminta saya membawakan lagu itu. Arwah ayah pula menggemari lagu Kekasih Awal Dan Akhir.“Petang ini kalau boleh saya mahu menyampaikan semua lagu permintaan peminat. Malah sehari sebelum persembahan, dalam senarai saya ada 30 lagu, tetapi memikirkan konsep, hanya 12 lagu boleh dipilih,” katanya yang turut diiringi pemain saksofon muda, Alif Nasir menyampaikan Jeritan Batinku.Antara lagu pilihan Kepadamu Kekasih, Secupak Dua Cupak, Azura, Di Sudut Kamar Hatiku, Gadis Melayu dan Penawar Kasih malah seperti dijanjikan sebelum ini, Jamal turut berpadu suara dengan seorang peminat wanita membawakan lagu Sandarkan Pada Kenangan.Nyata gabungan itu menakjubkan hadirin dan lebih membuatkannya dekat dengan khalayak, apabila dia kerap turun ke deretan meja bertemu tetamu khususnya warga emas yang hadir semata-mata mahu menyaksikan persembahan ikon seni ini.Naluri sebagai anak yang kehilangan ibu bapa nyata mendekatkan Jamal dengan peminat yang sudah dianggap sebagai orang tuanya malah sebagai orang lama, dia begitu mengerti kehendak ramai yang mahu rangkaian lagu popularnya diperdengarkan.Tanpa minus one atau muzik iringan, anak jati Perak itu turut memenuhi permintaan terbabit dengan mengalunkan lagu Lancang Kuning dan Tidurlah Permaisuri. Itulah yang membezakan antara penyanyi dan penghibur, kerana Jamal Abdillah sememangnya seorang penghibur!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045317 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list