CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Projek biomas manfaat sisa sawit

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA akan menjalankan projek biomas dengan menggunakan sisa daripada industri sawit sebagai bahan untuk menjana kuasa elektrik, kata Datuk Seri Najib  Razak.\rPerdana Menteri berkata, bahan biomas daripada sisa sawit itu juga boleh digunakan untuk menghasilkan produk lain seperti gula, malah vaksin.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kemampuan untuk melabur dan menghasilkan produk daripada bahan biomas sisa sawit akan ditemukan dengan syarikat Malaysia bagi memberikan keuntungan kepada negara ini yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia.\r\r\n\n\n\n\n  Najib berkata, ini adalah antara rumusan yang dibuat pada mesyuarat pertama Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global untuk Malaysia (GSIAC) yang dipengerusikannya di Akademi Sains New York (NYAS) semalam.\r“Kami merumuskan tiga cadangan yang boleh dilaksanakan secara segera,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir hari pertama lawatannya ke New York, semalam.\rGSIAC adalah inisiatif usaha sama antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan NYAS dalam usaha mengubah Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi melalui peningkatan kemampuan Malaysia dalam sains dan inovasi. \rAkademi berusia 194 tahun itu mempunyai 25,000 anggota di 140 negara termasuk pemenang hadiah Nobel dan pemimpin syarikat.\r\n\n\n\n\rNajib berkata, cadangan kedua adalah untuk mengkaji model Smart City dan Smart Village melalui kerjasama dengan akademi itu untuk mencari teknologi yang sesuai bagi mengurangkan kesan karbon dan membina rumah dan bangunan yang lebih cekap daripada segi penggunaan tenaga.\rBeliau berkata, mesyuarat  yang dihadiri 35 anggota termasuk pakar sains dan inovasi terkemuka AS dan negara lain,  mencadangkan  kerjasama  pembangunan modal insan dilaksanakan segera membabitkan pusat kecemerlangan institusi pengajian awam tinggi di Malaysia dan pihak tertentu di AS. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.540506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list