CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Bisnes Dunia: Mogok buruh di Vietnam meningkat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
JUMLAH mogok di Vietnam meningkat berikutan peningkatan kadar inflasi di negara itu yang kini  antara  tertinggi di dunia.\rVietnam News melaporkan, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini saja, berlaku 220 kes mogok berbanding 216  tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Pengarah Gabungan Kesatuan Pekerja Vietnam, Mai Duc Chinh, berkata gaji pekerja  tidak seimbang dengan peningkatan harga.\r\r\n\n\n\n\n  “Pekerja memerlukan kenaikan gaji dan elaun tambahan seperti bantuan makan tengah hari dan kos perjalanan,” katanya.\rMengikut perangkaan kerajaan setakat akhir tahun lalu, pendapatan bulanan purata di Vietnam adalah 1,365,000 dong (AS$65).\rPerangkaan rasmi menunjukkan inflasi di negara berkenaan pada April berada pada paras 17.51 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.\rMinggu lalu, Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  di Vietnam yang bakal menamatkan perkhidma-tannya, John Hendra, berkata negara terbabit   adalah antara lima negara yang   mencatatkan kadar inflasi tertinggi di dunia. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040946 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list