CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Guru bentuk pelajar berjiwa kental, berjaya

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PERANAN  dimainkan  pihak sekolah  mendidik dan membentuk persekitaran sekolah lebih positif adalah sama penting dengan peranan institusi keluarga bagi mencegah jenayah.  \rPihak sekolah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kondusif untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada pembangunan negara dan peningkatan sosial.  \r\n\n\n\n\r  Guru yang menjadi teladan  mesti mempunyai kualiti kepemimpinan untuk membina  pelajar menjadi insan positif dan berguna. Guru mesti mempunyai iltizam tinggi dalam menjana murid untuk menjadi pemimpin masa hadapan. \r\r\n\n\n\n\n  Kepemimpinan melalui teladan mesti menjadi prinsip utama oleh semua guru sebagai golongan pendidik yang disanjung tinggi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan ceramah di sekolah berkisar usaha untuk kurangkan kejadian salah laku seperti membuli, bertindak ganas, penyalahgunaan bahan atau pembabitan dalam kumpulan samseng. \rBaru-baru ini dilaporkan kes pencabulan pelajar perempuan  oleh empat pelajar lelaki rakan sekelas di Arau, Perlis selama tiga minggu. Sungguhpun ia kes terpencil, namun kita  mesti mengatasinya sebelum menjadi lebih parah.\rPujian harus diberikan kepada guru yang melakukan terbaik bagi melaksanakan pendidikan pencegahan jenayah di sekolah. Negara tidak sanggup melihat bakat muda akhirnya menjadi penjenayah tegar. \rTAN SRI LEE LAM THYE,\r\n\n\n\nNaib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038002 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list