CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Bekas tentera ketuai al-Qaeda

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Spekulasi konflik pemimpin berlegar\rWASHINGTON: Pergerakan al-Qaeda memilih bekas pegawai pasukan khas Mesir sebagai pemimpin sementara kumpulan pelampau berkenaan selepas kematian pemimpinnya, Osama bin Laden awal bulan ini, lapor CNN, kelmarin.\r\n\n\n\n\rPemimpin kanan tentera dan pakar strategi al-Qaeda, Saif al-Adel, yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an dikatakan rapat dengan Osama pada 1990-an, sebelum ditahan di Iran selepas melarikan diri dari Afghanistan berikutan kerajaan Taliban digulingkan tentera Barat diketuai Amerika Syarikat pada 2001.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar Pakistan,  The News melaporkan pelantikan itu semalam tanpa menamakan sumber dalam artikel ditulis dari Rawalpindi, bandar ibu pejabat pasukan tentera Pakistan, berdekatan ibu negara, Islamabad.\rKeputusan memilih Adel yang juga dikenali sebagai Muhamad Ibrahim Makkawi, muncul di tengah-tengah kegelisahan militan terhadap ketiadaan pengganti formal kepada Osama yang dibunuh dalam serbuan dramatik komando Amerika di Pakistan pada 2 Mei.\rTimbalan Ketua al-Qaeda yang sejak sekian lama, Ayman al-Zawahiri, yang juga rakyat Mesir sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Osama. \rBerikutan perlantikan Adel, timbul spekulasi berlaku perselisihan di kalangan pemimpin peringkat tertinggi al-Qaeda pada peringkat wilayah dan pusat kumpulan itu.\rJika disahkan dalam jawatan berkenaan, pelantikan Adel adalah tamparan hebat kepada Zawahiri.\rZawahiri, 59,  dilaporkan oleh akhbar itu diberi tugas mengarah operasi luar al-Qaeda, satu jawatan yang lazimnya tidak dipegang lama oleh pemegangnya.\rPerkembangan itu dilihat sebagai penurunan pangkat kepada tokoh yang bukan hanya rapat dengan Osama, tetapi juga  terkenal.\rSebelum ini, kumpulan berkaitan al-Qaeda di Iraq dan Yaman menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Zawahiri dan mungkin tidak menerima kepemimpinan Adel, walaupun dalam kapasiti sementara.\rSeorang pakar forum jihad internet, Evan Kohlmann, pemimpin kanan sudah melihat Zawahiri sebagai pemimpin al-Qaeda.\rKohlmann melaporkan beberapa kumpulan ekstremis sudah menggelar al-Qaeda sebagai ‘Jund al-Ayman’ yang bermakna ‘tentera Ayman.’\rPengekalan rangkaian kumpulan bersekutu yang dibentuk oleh Osama adalah cabaran terbesar yang dihadapi  pemimpin baru al-Qaeda itu.  –  AFP/Agensi \rINFO\rSaif al-Adel\rDikenali sebagai Muhamad Ibrahim Makkawi\rBerusia lewat 40-an\rBekas pegawai pasukan khas Mesir\rRapat dengan Osama pada 1990-an \rDitahan di Iran selepas melarikan diri dari Afghanistan

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list