CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Askar nafi mahu ampun Mubarak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Pemimpin tentera yang memerintah Mesir menafikan laporan media tempatan mengatakan mereka merancang memberi pengampunan kepada bekas Presiden Hosni Mubarak.\rLaporan itu menyebabkan kritikan baru terhadap pemerintah dan gesaan supaya protes baru diadakan menyebabkan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menegaskan hanya badan itu memiliki kuasa memutuskan kes Mubarak.\r\rTentera menyiarkan penafian berkenaan  lewat semalam selepas laporan yang tidak disahkan menyatakan Mubarak akan diampunkan selepas meminta maaf kepada penduduk atas sebarang kesalahan ketika memerintah,  selain menyerahkan asetnya.\r\n\n\n\n\n\rLaporan media itu menyebabkan gesaan dibuat mengadakan perhimpunan ‘Menolak Permohonan Maaf pada hari Jumaat’ di Medan Tahrir.\rBeberapa kumpulan belia memberi amaran bahawa sebarang pengampunan kepada Mubarak akan mencetuskan revolusi baru di Mesir.\rGesaan turut dibuat di Facebook dan Twitter supaya perhimpunan baru diadakan pada 27 Mei depan menggunakan slogan ‘Saya tidak rasa sebarang perubahan, saya akan kembali ke Tahrir.’ – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039565 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list