CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Obama syor sempadan Palestin, Israel

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, buat kali pertama semalam berkata  sempadan Israel dan negara Palestin di masa depan sepatutnya mengikut sempadan 1967 dan membabitkan pertukaran tanah.\r“Sempadan Israel dan Palestin patut berasaskan garisan 1967 membabitkan pertukaran tanah yang dipersetujui bersama supaya sempadan yang kekal dan diiktiraf dapat diwujudkan bagi dua negara itu.\r\n\n\n\n\r“Pengunduran penuh berperingkap tentera Israel sepatutnya diselaraskan mengikut tanggapan bahawa anggota keselamatan Palestin berdaulat akan bertanggungjawab di negara tanpa tentera,” kata Obama yang memberi ucapan dasar mengenai isu Asia Barat.\r\r\n\n\n\n\nObama menekankan  Amerika juga perlu mengubah dasarnya dalam menghadapi dunia Arab atau berdepan dengan jurang semakin luas dengan rantau berkenaan.\rObama juga berkata: “Tempoh peralihan kepada pemerintahan sendiri mesti dipersetujui bersama dan keberkesanan pelaksanaan perjanjian keselamatan mesti dibuktikan.”\rBeliau juga menekankan kepada Israel bahawa impian kaum Yahudi untuk mentadbir negara sendiri secara demokratik tidak boleh berasaskan penjajahan (ke atas bangsa lain) selama-lamanya.\rObama juga memberi amaran bahawa sebarang langkah untuk memulaukan Israel di pentas antarabangsa tidak akan berjaya. – AFP/Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036695 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list