CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

4 pemisah terbunuh pertempuran di Yala

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
YALA: Sekurang-kurangnya empat orang dipercayai anggota kumpulan pemisah, terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan, di sela-tan Thailand semalam, kata polis.\rKetua Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Panu Uthairat, berkata pasukan askar, renjer dan polis dikerah ke sebuah perkampungan terpencil di wilayah Yala berhampiran sempadan Malaysia   bagi memburu  lelaki terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan di wilayah itu sejak tujuh tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“Dalam kejadian tembak menembak selama kira-kira 15 minit, semua empat lelaki terbabit berjaya dibunuh, manakala sejumlah senjata dan raifal dirampas di tempat kejadian.\r\r\n\n\n\n\n“Kami meminta kumpulan lelaki itu menyerah, tetapi mereka enggan. Mereka dikehendaki berikutan dipercayai terbabit dalam beberapa siri keganasan dan waran tangkap sudah lama dikeluarkan,” katanya.\rSementara itu dalam kejadian berasingan di wilayah berjiran Yala semalam,  sekurang-kurangnya sembilan penduduk kampung dan pegawai polis cedera apabila sebutir bom motosikal meletup disusuli satu lagi letupan lebih besar ketika polis mengepung kawasan berkenaan. Sepuluh buah rumah juga musnah dalam letupan itu.\r“Jelas sekali, letupan bom yang pertama bertujuan menarik perhatian anggota kerajaan untuk ke kawasan itu sebelum bom yang lebih besar diletupkan,” kata Komander Polis, Kolonel  Peerapol na Phatthalung. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034316 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list