|
3 maut, 100 cedera selain beberapa bangunan, sebuah masjid musnahANKARA: Gempa bumi magnitud 5.9 menggegar wilayah barat Turki malam semalam, menyebabkan tiga maut dan hampir 100 cedera.\rBeberapa bangunan dan sebuah masjid turut musnah dalam kejadian yang berlaku hampir tengah malam semalam itu.\r\n\n\n\n\rGempa berpusat di Simav itu menyebabkan penduduk ketakutan dan berlari keluar rumah. Dua warga, termasuk satu melompat dari tingkap, maut di Simav.\r \r\n\n\n\n\nSementara di Inegol, seorang perempuan tua maut berikutan serangan jantung.\rMenurut Menteri Alam Sekitar Veysel Eroglu, seramai 79 mangsa menjalani rawat di hospital. \rBeberapa di antara mereka cedera kerana melompat dari balkoni atau tingkap dan mengalami serangan jantung ataupun kejutan akibat panik. Hanya seorang mengalami kecederaan serius.\rDi Usak, bandar berjiran dengan Simav, 25 penduduk dikejarkan ke hospital, kata Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan, Seracettin Com.\rPertubuhan Bulan Sabit Merah berkata gegaran merobohkan dua bangunan kosong di Simav, selain sebuah masjid. Pihak berkuasa bertindak mengosongkan hospital Simav dan memindahkan pesakit ke hospital lain di wilayah itu.\rKebanyakan penduduk menghabiskan waktu malam dalam kenderaan masing-masing di pinggir jalan. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|