CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Sime Darby terokai Liberia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Konglomerat labur RM9.3b maju ladang sawit, getah 220,000 hektar\rSIME Darby Bhd, konglomerat utama Malaysia yang juga syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia, bercadang melabur sehingga AS$3.1 bilion (RM9.3 bilion) dalam tempoh 15 tahun bagi memajukan ladang seluas 220,000 hektar di Liberia. Afrika Barat.\rIa membabitkan pembangunan ladang sawit dan getah di empat wilayah iaitu Bomi, Grand Cape Mount, Gbarpolu dan Bong menerusi konsesi 63 tahun yang diperolehnya daripada kerajaan republik itu pada 2009.\r\r  Pengerusinya, Tun Musa Hitam, berkata, kumpulan itu   memulakan operasinya di Liberia sejak dua tahun lalu, menerusi Sime Darby Plantation Liberia Inc (SDPLI), anak syarikat milik penuh cabang perladangan dan perniagaan pertaniannya Sime Darby Plantation Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\n\rLiberia, katanya, memiliki prospek besar menjadi antara pengeluar sawit utama dunia selepas Malaysia dan Indonesia, dan Sime Darby  memiliki kelebihan   antara syarikat perladangan pertama kembali memulakan operasinya setelah berakhirnya perang saudara kedua di republik itu pada 2003.\rMusa berkata, pelaburan di Liberia itu adalah bersandarkan kepada situasi menang-menang antara konglomerat itu dengan rakyat republik berkenaan.\r“Kami adalah rakan niaga republik ini untuk jangka panjang dan pengamalan kaedah menang-menang   cara terbaik   melaksanakan perniagaan dengan rakan niaga kami di sini,” katanya   selepas majlis penanaman sulung pokok sawit dan pelancaran estet milik Sime Darby di Matambo, Grand Cape Mount dekat Monrovia semalam.\rMajlis itu disempurnakan Naib Presiden Liberia, Joseph Boakai. Turut hadir Naib Presiden Eksekutif Sime Darby Plantation, Franki Anthony Dass;Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaantaninya, Helmy Othman Basha dan Ketua Operasi Huluan Liberia SDPLI, Azmi Jaafar.\rPembabitan Sime Darby di Liberia bukan baru kerana ia   bermula pada 1977 apabila Guthrie Bhd, yang kini diserap sebagai sebahagian Sime Darby diminta menyediakan kepakaran teknikal dan pengurusan kepada syarikat getah milik kerajaan republik itu iaitu, Liberian Rubber Processing Corporation.\rMusa berkata, sejak dua tahun lalu Sime Darby sudah melabur RM50 juta untuk membangun dan memulihkan semula infrastruktur    di negara itu, sekali gus membolehkannya mengembangkan operasi secara besar-besaran.\rSementara itu, Helmy pula berkata, dalam tempoh dua tahun akan datang, SDPLI mensasar membuka ladang sawit seluas 170,000 hektar di empat wilayah republik itu serta membina 15 kilang sawit.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042819 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list