View: 105|Reply: 0
|
MASkargo belanja RM1 bilion
[Copy link]
|
|
Usaha tingkat lagi keupayaan, guna 4 pesawat baru AirbusMALAYSIA Airlines Cargo Sdn Bhd (MASkargo) akan membelanjakan kira-kira RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun ini bagi meningkatkan lagi keupayaan serta kecekapan perkhidmatannya.\rPengarah Urusannya, Shahari Sulaiman, berkata perbelanjaan itu untuk membiayai beberapa inisiatif utama termasuk menaik taraf ‘Advance Cargo Center’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pengenalan empat pesawat Airbus A330 Freighters bermula September tahun ini.\r\n\n\n\n\r Katanya, langkah menaik taraf pusat Kargo KLIA itu akan meningkatkan kapasiti operasi syarikat itu lebih 40 peratus kepada sejuta tan setahun.\r\r\n\n\n\n\n “Penggunaan pesawat Airbus A330 pula akan menjadi nadi utama syarikat untuk meningkatkan penerokaan di pasaran baru Asia, sekali gus memenuhi keperluan pasaran semasa.\r“Syarikat bercadang menghentikan penggunaan pesawat lama menjelang akhir tahun ini secara berperingkat, digantikan dengan pesawat baru dan langkah ini akan membantu meningkatkan prestasi operasi dari segi tempoh penghantaran,” katanya pada majlis Penyampaian Anugerah MegaTonners MASkargo 2010 di Kuala Lumpur, semalam.\rTurut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan 1, Jelaing Anak Mersat dan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Dato’ Sri Azmil Zahruddin.\rBagi tahun ini, Anugerah Megatonners MASkargo 2010 dimenangi Schenker Logistics (Malaysia) Sdn Bhd, manakala bagi tempat kedua dan ketiga masing-masing adalah DHL Global Forwarding (Malaysia) Sdn Bhd dan Nippon Express (M) Sdn Bhd.\r\n\n\n\n\rShahari berkata, bagi 2010, MASkargo mencatatkan pendapatan RM2.39 bilion meningkat 29.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.\rKatanya, prestasi itu dipacu peningkatan hasil serta muatan menerusi usaha meningkatkan kapasiti angkatan pesawatnya.\r“Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM141.7 juta bagi 2010 dan jika diambil kira dari segi keuntungan operasi, prestasi tahun lalu adalah yang tertinggi dalam sejarah syarikat,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|