CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

Surat: Realisasikan bahasa Melayu di acara global

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar majlis antarabangsa menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.  \rPLM amat bersetuju penterjemahan secara langsung disediakan dan ke arah itu semua perkara berkaitan logistik terjemahan dan sebagainya perlu diberi perhatian dan disediakan.      \r\n\n\n\n    \rInstitut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seharusnya dapat bergerak pantas membantu ke arah merealisasikan hal ini yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini.  \r\r\n\n\n\n\nSudah pasti tidak cukup sekadar ucapan perasmian atau ucapan utama saja menggunakan bahasa Melayu. \rPenyampaian kertas kerja  dan sebagainya juga boleh menggunakan bahasa Melayu dengan penyediaan terjemahan serentak dalam bahasa lain yang perlu berdasarkan negara peserta terbabit. \rPasti ada pihak yang membayangkan perasaan janggal pada mulanya jika dilaksanakan sedangkan keadaan sebegini adalah sesuatu yang amat lumrah di negara luar yang sememangnya memberi penghormatan tinggi terhadap bahasa ibunda sendiri seperti Perancis,  Rusia, China, Korea, Jepun dan Indonesia. \rAda pihak pula tentu merasakan kos pengendalian majlis berkenaan meningkat sedikit. Ini pasti tidak dapat dielakkan jika kita benar-benar ikhlas untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. \r\n\n\n\n\rTidak ada kos percuma dalam banyak hal termasuk usaha ini iaitu pengorbanan kecil saja bagi kita merealisasikan bahasa kebangsaan bukan sekadar lambang perpaduan. \rLebih penting ialah pengisian makna lambang dan jati diri serta citra negara ini di samping pengisian sebagai bahasa ilmu dan tamdun bagi negara ini. \rJusteru, kos yang mungkin terbabit, faktor lain seperti masa dan sebagainya tidak patut menjadi halangan bagi bahasa Melayu digunakan dalam  majlis rasmi atau persidangan antarabangsa.  \rSyabas diucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri, semoga hal ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat dan berterusan, tidak bermusim. Pengalaman beliau dan saya sendiri membuktikan perkara ini tidak mustahil dilaksanakan. \rKAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI,Timbalan Presiden PLM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039610 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list