View: 90|Reply: 0
|
Musim manis Man U, Ferguson
[Copy link]
|
|
MENJELANG pentas terakhir musim berdepan Blackpool malam ini, tiada yang lebih manis buat Manchester United apabila apabila pengurus Sir Alex Ferguson dan pertahanan Nemanja Vidic merangkul anugerah Pengurus dan Pemain Terbaik musim Liga Perdana Inggeris.\rFerguson, 69, mengemudi United ke kejuaraan liga kali ke-19 dalam sejarah kelab itu dan ke-12 peribadi, selain turut memastikan tempat di final Liga Juara-Juara musim ini manakala bek tengah Vidic, 29, menjadi tonggak di benteng United dan paling kerap beraksi sepanjang kempen musim ini.\r\n\n\n\n\r Ia juga adalah anugerah buat kali kesembilan bagi Ferguson dan kedua bagi Vidic, selepas undian daripada badan berkuasa bola sepak, media dan penyokong.\r\r\n\n\n\n\n United bakal menerima trofi rebutan sebaik tamat perlawanan di Old Trafford malam ini tetapi sekalipun sudah menggenggam kejuaraan, pengurus berbangsa Scotland itu tetap mahu menurunkan barisan terkuat supaya suasana perayaan itu tidak terjejas.\rWalaupun berkira-kira mahu merehatkan beberapa tonggak sebagai persiapan menghadapi Barcelona di final Liga Juara-Juara 28 Mei ini, dia juga berwaspada dengan kecaman beberapa pasukan lain yang bergelut mahu mengelak daripada tersingkir ke liga bawahan.\r“Ini (Blackpool) bukan satu perlawanan paling sukar untuk memilih pemain. Sudah tentu, semua jangkakan saya akan merehatkan pemain kerana saya perlu memikirkan mengenai minggu depan (menentang Barcelona). Jadi saya perlu imbangi keadaan, pastikan gabungan yang betul, dan suntikan tenaga segar.\r“Perkara paling penting Ahad (hari ini) adalah memastikan tiada kritikan terhadap kelab ini.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|