CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

Kim Swee sasar ‘ragut satu mata’ di Beirut

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
ONG Kim Swee meletakkan sasaran agak realistik iaitu ‘meragut satu mata’ daripada Lubnan di tempat lawan pada 19 Jun sebelum hadir menjerat lawan mereka di Kuala Lumpur dalam perlawanan kedua kelayakan Olimpik zon Asia.\rPerlawanan pertama jelas misi besar bagi pengendali berkenaan yang harus dilunaskan sebelum Lubnan bertandang ke ibu negara pada 23 Jun ini - sekali gus memastikan skuad Olimpik kebangsaan mara selangkah lagi.\r\n\n\n\n\r “Saya sasarkan sekurang-kurangnya keputusan seri dicatat di Beirut,” kata Kim Swee. “Persiapan pasukan memang tidak menjadi masalah, tetapi saya masih perlu menyaksikan sendiri corak permainan lawan sebelum mencatur strategi permainan di Beirut nanti.\r\r\n\n\n\n\n  “Buat masa sekarang, memang saya tiada apa-apa maklumat mengenai pasukan Lubnan, baik mengenai pemain mereka atau pun corak permainan. Satu-satunya peluang yang ada mengkaji pasukan ini ialah menerusi perlawanan persahabatan mereka di Turki awal bulan depan.\r“Jika saya terpaksa ke Turki untuk menonton perlawanan berkenaan, saya akan ke sana. Ini penting supaya pemain dapat menjangka aksi lawan apabila bertandang ke Beirut.” Pasukan Olimpik negara akan berkumpul untuk latihan pusat pada 29 Mei ini.\rSebelum perlawanan berkenaan, Kim Swee akan menguji skuadnya pada dua perlawanan persahabatan - menentang Kemboja dan Qatar - di Phnom Penh dan Doha bulan depan. Bagaimanapun hanya selepas perlawanan menentang Kemboja dia akan menamakan skuad terakhirnya.\r“Bayangan skuad utama sudah ada dalam fikiran saya, tetapi saya masih perlu menguji mereka di Kemboja sebelum membawa 22 pemain ke Doha dan terus ke Beirut,” kata Kim Swee yang kini mempunyai 26 pemain dalam senarai awalnya.\r\n\n\n\n\r“Saya gembira melihat prestasi pemain semakin meningkat, terutama selepas mengutip pengalaman bermain dalam Liga Super. Saya harap selepas tidak lagi berada dalam Harimau Muda, pemain-pemain ini dapat terus beraksi bersama negeri masing-masing dalam Liga Malaysia.”\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.216575 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list