CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Pasaran saham Asia catat kemerosotan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PASARAN saham Asia mencatatkan kemerosotan semalam berikutan kebimbangan terhadap penurunan penarafan kredit Greece dan kemampuan zon Euro untuk pulih semula daripada krisis kewangannya.\rSentimen pasaran turut terjejas ekoran data awal menunjukkan pertumbuhan ekonomi China  semakin perlahan, dengan Indeks HSBC Purchasing Manager (Indeks HSBC PM) bagi bulan Mei berada pada paras terendah dalam tempoh 10 bulan.\r\n\n\n\n\r  Fitch pada Jumaat lalu menurunkan penarafan Greece  tiga takuk kepada B+, dengan alasan negara itu berdepan masalah meraih dana awam secara tersusun, sekali gus menjejaskan prestasi Euro.\r\r\n\n\n\n\n  Syarikat  itu berkata, pemberian penarafan terbaru itu ekoran penambahan cabaran  dihadapi Greece dalam melaksanakan  reformasi membabitkan struktur dan fiskal  diperlukan untuk meraih dana kemampuan bayar dari dalam negara, serta cabaran mewujudkan asas pemulihan ekonomi yang terjamin.\rBerikutan itu, pasaran saham Tokyo merosot 1.52 peratus, atau 146.45 mata, kepada 9,460.03 dan Sydney jatuh 1.88 peratus, atau 89.2 mata, kepada 4,643 sementara Seoul mengakhiri dagangannya pada 2.64 peratus, 55.79 mata lebih rendah kepada 2,055.71.\rHong Kong menjunam 2.11 peratus, atau 488.37 mata, kepada 22,711.02 dan Shanghai merekodkan 2.93 peratus, atau 83.89 mata lebih rendah kepada 2,774.57.\rAntara saham merekodkan kemerosotan paling teruk di Pasaran Saham Tokyo adalah firma utiliti Tokyo Electric Power (TEPCO), jatuh 8.99 peratus selepas ia mengumumkan kerugian terbesar dalam sejarah syarikat bukan kewangan di Jepun.\r\n\n\n\n\rTEPCO berkata, ia mencatatkan rekod kerugian AS$15 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu dengan menyaksikan presidennya meletak jawatan untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk syarikatnya ekoran krisis nuklear yang paling buruk sejak krisis Chernobyl pada 25 tahun lalu.\rPrestasi saham syarikat utiliti itu turut merosot kepada 334 yen, jatuh hampir 85 peratus sejak hari gempa bumi dan tsunami 11 Mac merosakkan sistem penyejukan loji nuklear Fukushima Daiichi, sekali gus menyebabkan kebocoran reaktor. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list