|
KOLEJ Antarabangsa TAJ (Kolej TAJ) memeterai kerjasama pintar dengan syarikat berasaskan industri automotif dan permotoran berpangkalan di Jepun Moon Craft Company Limited.\rKerjasama itu bertujuan membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memberi tumpuan khusus kepada kereta lumba yang dijangka memulakan operasinya pada 2013 di Ipoh, Perak.\r\n\n\n\n\r Apabila siap kelak, pusat itu memberi peluang pekerjaan kepada 500 graduan Diploma Pengurusan Automotif Kolej TAJ, sekali gus mewujudkan industri sukan permotoran kereta lumba terunggul negara.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej TAJ, Tina Tajuddin, berkata kerjasama itu memanfaatkan industri permotoran negara menerusi perkongsian kemahiran dengan syarikat berpengalaman selama 36 tahun.\rKerjasama itu kata beliau, meliputi pemindahan teknologi dari Negara Matahari Terbit ke Malaysia yang dilihat dapat memajukan industri automotif dan permotoran kereta lumba.\rKolej TAJ katanya, mempunyai kepakaran dalam bidang automotif dan permotoran berikutan pengalaman Pengarah Eksekutifnya, Mohd Azad Jasmi.\rMohd Azad adalah Pengarah Urusan Kleemann Asia Pacific Sdn Bhd (penala Mercedez Benz berpangkalan di Denmark) pada 2006 dan juga Pengurus Kanan Pemasaran Strategik dan Penjenamaan Volkswagen Cars Malaysia (2005).\r\n\n\n\n\rTina berkata, Kolej TAJ juga memperkenalkan Diploma Pengurusan Kecantikan, program yang asing di negara ini kerana sebelum ini hanya peringkat sijil.\rBeliau berkata, kursus itu memberi peluang pelajar meneruskan pengajian hingga peringkat diploma. Kemahiran ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang menjadi usahawan kecantikan selain mengusahakan spa dan butik.\r“Kita mahu memastikan graduan program automotif tidak menjadi mekanik semata-mata, sebaliknya kepakaran mereka boleh dipelbagaikan dengan bergelar usahawan permotoran.\r“Begitu juga pengurusan kecantikan hendaklah menjadi pengurus bidang berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rTina berkata, pihaknya berharap lepasan kolej komuniti dan Pusat Giat MARA yang tamat peringkat sijil meneruskan pengajian ke Kolej TAJ.\rIbu bapa pula, kata beliau tidak perlu risau kerana program pengajian di sini mendapat pengiktirafan Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\rSetakat ini, katanya seramai 2,000 graduan Kolej TAJ sudah bekerja hasil kerjasama dengan kerajaan negeri menerusi Institut Darul Ridzuan Berhad (IDR).\r“Pihak pengurusan bercadang mengambil pelajar dari Kazakhstan, Sudan, Indonesia dan Vietnam, tidak lama lagi sejajar status Kolej TAJ yang menawarkan program pengajian bertaraf global,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|