View: 117|Reply: 0
|
TM perkenal TelePrecence Terurus
[Copy link]
|
|
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menerusi anak syarikatnya, VADS Bhd, terus mempamerkan inovasi baru dalam perkhidmatannya dengan pengenalan TelePrecence Terurus iaitu perkhidmatan persidangan video generasi baru.Ia akan membolehkan beberapa pihak di lokasi berlainan berinteraksi antara satu sama lain menerusi teknologi audio dan video berdefinisi tinggi (HD) pada masa sebenar.\n\n\n\n Ketua Eksekutif VADS, Ghazali Omar berkata, pihaknya menyasarkan untuk memperoleh kira-kira 500 pelanggan bagi perkhidmatan tambah nilai terbarunya, TelePrecence dalam tempoh tiga tahun. \n\n\n\n\n Sasaran itu, katanya, berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan berpotensi yang sudah pun menempah untuk langganan perkhidmatan terbabit apabila dilancarkan Julai nanti.“Kami menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan yang memiliki operasi di luar negara seperti PETRONAS, CIMB dan Maybank yang mana mereka bukan saja perlu berkomunikasi dengan cawangan mereka di luar negara tapi juga dengan pelanggan, rakan niaga serta perunding mereka di seluruh dunia.“Menerusi pelaksanaan perkhidmatan ini mereka akan dapat menjimatkan masa dan kos penerbangan ke luar negara. Faktor inilah yang membuktikan pasaran sudah bersedia memasuki fasa baru untuk menerima kemajuan teknologi ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.Beliau sebelum itu mewakili Vads memeterai perjanjian usahasama dengan Cisco bagi membina ibu sawat TelePrecence pertama di Malaysia.\n\n\n\nPerjanjian disaksikan Pengerusi Vads, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa; Pengurus Besar Cisco Singapura, Malaysia, dan Brunei, Irving Tan; Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham dan Naib Presiden Perniagaan Pembekal Perkhidmatan Asia Pasifik, Jeff White.Perkhidmatan TelePrecence itu akan ditawarkan menerusi langganan secara kontrak selama tiga hingga lima tahun manakala caj akan diumumkan menjelang pelancarannya Julai nanti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|