View: 196|Reply: 0
|
Jing Yi penentu hidup mati
[Copy link]
|
|
Kudrat beregu campuran turut ditagih Rexy tumpaskan Indonesia\rSKUAD badminton negara pasti sekali lagi menagih sentuhan ajaib Tee Jing Yi untuk membantu menumbangkan Indonesia dalam perhitungan menentukan juara Kumpulan 1B dalam saingan Piala Sudirman di Qindao, China, hari ini.\r\n\n\n\n\r Skuad negara juga pasti mengharapkan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bangkit segera daripada krisis keyakinan diri untuk mengutip mata sulung dan pembakar semangat dalam perlawanan getir menentang pasukan pilihan itu.\r\r\n\n\n\n\n Jurulatih beregu, Rexy Mainaky mengakui walaupun Indonesia adalah pilihan memenangi pertembungan itu, tetapi peluang skuad negara mengejutkan lawan bukan mustahil untuk menjuarai kumpulan. \r“Peluang kita mengutip dua mata daripada acara perseorangan lelaki (Lee Chong Wei) dan beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) cerah dan kita harap satu mata penting dikutip daripada perseorangan wanita atau beregu campuran.\r“Sudah tentu kita harap Jing Yi sekali lagi mempamerkan persembahan cemerlang, selain mengharapkan Peng Soon-Liu Ying bangkit semula daripada kekalahan untuk menyumbang mata penting itu,” katanya semalam.\rJing Yi diakui menjadi faktor utama di sebalik kejayaan skuad negara membenamkan cabaran Russia 4-1 kelmarin apabila mengejutkan perseorangan wanita Russia, Anastasia Prokopenko yang menduduki ranking dunia lebih tinggi daripadanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, pengurus Indonesia, Hadi Nazri berkata, walaupun tanpa Taufik Hidayat, Makis Kido-Hendra Setiawan dan pakar beregu campuran, Liliyana Natsir pasukannya tetap mempunyai peluang menundukkan Malaysia.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|