View: 171|Reply: 0
|
Isu Stadium Nasional selesai
[Copy link]
|
|
KONFLIK pembayaran kos penangguhan kerja-kerja membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil - yang mencecah RM500,000 - antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengurusan stadium boleh dianggap selesai dengan kedua-dua pihak saling beroleh kemenangan.\rWalaupun agak pelik apabila FAM, sebagai pelanggan yang membawa keuntungan kepada Stadium Nasional diminta membayar kos penangguhan, atas dasar semangat kesukanan kedua pihak mencapai kata sepakat untuk memastikan gelanggang berkenaan dapat digunakan.\r\n\n\n\n\r “Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak pengurusan stadium kerana membenarkan enam perlawanan penting buat bola sepak negara ini diadakan di sana,” titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas majlis pelancaran Jelajah Pra-Musim Arsenal semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Kita akan selesaikan sikit sebanyak bayaran kepada stadium. Berapa dan bila akan diumumkan kemudian.” Antara perlawanan yang akan diadakan ialah perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang tiga pasukan gergasi Inggeris, Arsenal, Chelsea dan Liverpool sepanjang Julai ini.\rTiket perlawanan Chelsea sudah mula dijual 20 Mei lalu manakala untuk perlawanan Arsenal, akan mula dijual pada 27 Mei ini di cawangan Nike terpilih di seluruh negara. Harga tiket dari RM58, RM68, RM108 dan untuk tiket VIP, RM308.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|