View: 175|Reply: 0
|
Kadar pulangan tetap lapan peratus setahun
[Copy link]
|
|
22,000 unit ICT Interest Scheme untuk dilanggani pelaburan\rPELABUR tempatan dan antarabangsa kini berpeluang meraih kadar pulangan pelaburan tetap berdaya saing iaitu sebanyak lapan peratus setahun untuk tempoh sembilan tahun, menerusi pelaburan ICT Interest Scheme yang kali pertama diperkenalkan di negara ini. \r\n\n\n\n\r Dengan pelaburan minimum RM5,000, pelabur dijamin memperoleh hasil itu menerusi janaan pendapatan konsisten daripada operasi sewaan aset utama pejabat seperti peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peralatan audio visual, video dan komunikasi serta penyelesaian teknologi maklumat (IT) dan khidmat rundingan kepada kementerian, agensi kerajaan dan syarikat swasta di dalam negara.\r\r\n\n\n\n\n Bagi merealisasikan pulangan yang dijanjikan itu, ICT Zone Venture Bhd, penyedia kepada pelaburan ICT Interest Scheme, memperuntukkan sejumlah 22,000 unit untuk langganan peserta pelaburan.\rKetua Eksekutifnya, Lim Kok Kwang berkata, skim yang dilulus dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bakal membantu pihaknya mengumpul modal sehingga RM110 juta.\rKatanya, modal diperoleh itu akan digunakan bagi mengembangkan lagi operasi pemilikan aset utama pejabat untuk disewakan semula kepada kementerian, agensi kerajaan dan syarikat swasta.\r“Skim ini diperkenalkan khusus untuk memberikan pelabur aliran pendapatan tetap serta konsisten setiap tahun selama sembilan tahun, hasil pulangan daripada kaedah sewaan peralatan berkenaan.\r\n\n\n\n\r“Kaedah penyewaan ini juga turut dijangka akan terus berkembang dari masa ke semasa hasil penambahan penggunaan aset utama pejabat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara. \r“Justeru, bersandarkan pertumbuhan ini serta peningkatan kesedaran berhubung penggunaan kaedah sewaan di kalangan kementerian, agensi kerajaan dan syarikat swasta, syarikat yakin mampu meraih penambahan kontrak 30 peratus setiap tahun, mulai tahun ini” katanya dalam taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.\rKetika ini, ICT Zone Venture memiliki nilai kontrak sekitar RM20 juta untuk kerja penyewaan peralatan dan perkakasan pejabat membabitkan aktiviti membekalkan produk ICT, perkhidmatan IT, dan penyelesaian IT. \rAntara pelanggan utamanya termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, SSM, institusi pendidikan tinggi serta Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.\rKok Kwang berkata, pelabur juga tidak perlu risau kerana semua wang yang dilaburkan mereka dalam ICT Interest Scheme akan dilindungi oleh MyPremier Trustee (Malaysia) Bhd yang dilantik sebagai pemegang amanah atau pemantau kepada skim itu.\rMyPremier Trustee adalah syarikat amanah yang diluluskan operasinya oleh Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan operasi Pinjaman Bercagar Boleh Tukar Boleh Tebus (RCSLS).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|