CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Bisnes Dunia: Calon kemudi IMF terus diperkatakan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Langkah susun semula badan dunia lebih penting\rNEGARA ekonomi baru muncul kini terus memperkatakan mengenai calon yang akan mengemudi Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), tetapi langkah menyusun semula badan dunia itu dilihat lebih penting berbanding isu siapa yang layak mengetuainya, kata Penasihat Bank of China.\r\n\n\n\n\r   Xia Bin yang menganggotai jawatankuasa penggubal dasar monetari bank pusat China itu berkata, pembaharuan IMF tidak akan berjalan lancar kecuali Amerika Syarikat (AS) sanggup mengorbankan hak pengundian majoritinya dan berkongsi dengan negara sedang membangun.\r\r\n\n\n\n\n   “Tidak menjadi isu berhubung siapa yang menjadi calon Pengarah Urusan IMF kerana masalah utama adalah hak pengundian dari AS dalam badan dunia itu yang terlalu besar,” katanya.\rMenteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde muncul sebagai calon utama \runtuk menggantikan bekas pengarah urusan IMF, Dominique Strauss-Kahn, namun negara ekonomi sedang membangun dengan pengaruh global yang semakin meningkat, memberi tekanan kepada Eropah dan United Kingdom bagi mengelakkan pelantikan secara dalaman.\r“Suara negara ekonomi baru muncul perlu didengar, namun begitu kumpulan negara itu harus menyedari bahawa pembaharuan sistem kewangan global adalah satu proses yang panjang, ” katanya.\rHak pengundian mencerminkan saiz relatif ekonomi negara anggota.\rPada November, IMF bersetuju meningkatkan kuasa pengundian negara ekonomi baru muncul yang membolehkan China mendahului Jerman, Perancis dan Britain dalam kedudukan kuasa hak kuota meningkat kepada 6.19 peratus berbanding 3.65 peratus sebelumnya.\rBerdasarkan pelarasan terbaru, AS kekal sebagai ahli paling berkuasa dalam IMF dengan kuota keseluruhan 17.67 peratus sekali gus memberikan mereka kuasa veto kepada tabung berkenaan.\rXia berharap calon dari China dapat bersaing untuk jawatan dalam IMF, namun begitu, katanya, adalah tidak realistik untuk menjangkakan China mendapat peranan lebih besar dalam IMF dalam jangka terdekat.\rBerhubung masalah \rdomestik, Xia berkata, kerajaan tidak bimbang mengenai pertumbuhan ekonomi perlahan dan ia berkemungkinan untuk mengekalkan dasar monetari ketat bagi mengekang inflasi. – REUTERS\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.065470 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list