View: 172|Reply: 0
|
Pasaran saham Asia ditutup bercampur-campur
[Copy link]
|
|
PASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur semalam ekoran aktiviti penjualan selepas mencatatkan kerugian besar pada sesi terdahulu di tengah-tengah kebimbangan pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan selain krisis hutang zon Eropah yang berterusan.\rNilai mata wang euro semakin tertekan selepas Standard & Poor’s (S&P) menurunkan unjurannya terhadap hutang Itali, sementara Greece pula turut berada dalam situasi sama berhubung kemungkinan penstrukturan semula dasar fiskalnya, manakala situasi pilihan raya di Sepanyol turut mencetuskan kebimbangan berhubung masa depan kerajaannya. \r\n\n\n\n\r Pada akhir sesi dagangan semalam, pasaran saham Tokyo pulih dengan mencatatkan peningkatan 0.17 peratus atau 16.54 mata kepada 9,477.17, selepas mengalami penurunan 1.52 peratus kelmarin dengan aktiviti dagangan dipacu catatan positif prestasi kewangan Sony.\r\r\n\n\n\n\n Seoul pula meningkat 0.29 peratus atau 6.05 mata kepada 2,061.76, selepas mengalami penurunan 2.64 peratus sebelumnya.\rBagaimanapun, Sydney turun 0.31 peratus atau 14.2 mata kepada 4,628.8, sementara Hong Kong merosot 0.11 peratus pada tengah hari, manakala Shanghai pula jatuh 0.34 peratus.\rDi Wall Street, indeks Dow Jones merosot 1.05 peratus, manakala indeks S&P 500 pula mengecil 1.19 peratus, sementara Nasdaq jatuh 1.58 peratus.\r“Kebanyakan pasaran saham global berdepan pelarasan menurun ekoran kebimbangan berterusan hutang Eropah,” kata Pengurus Besar di SMBC Nikko Securities, Hiroichi Nishi. \r\n\n\n\n\rSementara itu, penurunan unjuran ekonomi Itali hujung minggu lalu meningkatkan lagi kebimbangan negara utama blok Eropah itu mungkin ber
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|