View: 201|Reply: 0
|
Kesan DNA pada baju pekerja
[Copy link]
|
|
Ujian forensik temui sample Strauss-Kahn pada pakaian petugas\rNEW YORK: Ujian terbaru menunjukkan DNA bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, sepadan dengan bahan ditemui pada baju seorang pekerja hotel di Manhattan yang mendakwa diserang oleh Strauss-Kahn.\r\r Dua orang yang mengetahui siasatan kes tetapi enggan dikenali itu berkata, keputusan ujian diperoleh tengah hari kelmarin.\r\n\n\n\n\n\rMereka berkata, DNA yang ditemui pada baju pekerja itu sepadan dengan satu sampel DNA dari Strauss Kahn yang pernah bercita-cita merebut jawatan presiden Perancis.\rStrauss-Kahn dituduh menyerang seorang pengemas bilik berusia 32 tahun di suite Hotel Sofitel berharga AS$3,000 (RM9,168) untuk satu malam. Pendatang Afrika Barat itu memberitahu polis, Strauss-Kahn mengejarnya sehingga lorong di luar suite itu, memaksanya melakukan seks oral dan cuba menanggalkan stokinnya.\rStrauss-Kahn, 62, berdepan dakwaan termasuk cubaan merogol dan penderaan seksual. Dia dijadualkan didakwa 6 Jun depan.\rKakitangan hotel juga memberitahu pihak berkuasa dia turut cuba menggoda mereka, termasuk berfoya-foya dengan seorang kerani dan mempelawa seorang lagi kakitangan datang ke biliknya, menurut orang ketiga yang tahu mengenai temuramah penyiasat dengan kakitangan.\rPeguam Strauss-Kahn, Benjamin Brafman enggan mengulas. Tetapi, dalam sesi keterangan di mahkamah minggu lalu, beliau memberitahu seorang hakim bahawa bukti forensik dalam siasatan ‘tidak akan menunjukkan kejadian berlaku disebabkan dengan paksaan.’\rIni mencetuskan spekulasi bahawa peguam yang membela Strauss-Kahn akan memberi hujah bahawa kejadian berlaku secara sukarela.\rStrauss-Kahn juga cuba menggoda seorang pekerja lain menunjukkan suite itu untuk memastikan semua memuaskan selepas beliau mendaftar masuk Jumaat, kata individu berkenaan.\rKemudian, dia menelefon kerani yang membantunya mendaftar masuk, bertanya jika wanita itu mahu menemaninya apabila syif kerjanya tamat, kata sumber itu.\rKerani itu menolak pelawaannya atas alasan dia tidak dibenar bersosial dengan tetamu VIP, katanya.\rKelmarin, peguam Strauss-Kahn terus mencari tempat kediaman baru untuk bekas pemimpin IMF itu yang menghabiskan hujung minggu dalam tahanan rumah kerana ada yang memprotes beliau berada di situ.\rKediaman sementaranya bersama isterinya terletak di bangunan mewah di pinggir Manhattan.\rMedia Perancis dan Amerika Syarikat berkampung depan bangunan tempat Strauss-Kahn dipindahkan Jumaat lalu dari bilik penjaranya di Rikers Island.\rStrauss-Kahn meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF, Rabu lalu. – AP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|