View: 84|Reply: 0
|
Skuad badminton kecundang
[Copy link]
|
|
MALAYSIA berdepan laluan sukar pada suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman apabila sekadar muncul naib juara Kumpulan 1B selepas tewas kepada Indonesia 3-2 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan di Qindao, China, malam tadi.\rKeputusan itu sekali gus menyaksikan Malaysia yang menewaskan Russia 4-1 pada perlawanan pertama, terpaksa melalui satu lagi undian di kalangan naib juara setiap kumpulan dan kemungkinan berdepan pasukan pilihan sama ada Korea Selatan atau juara bertahan China.\r\n\n\n\n\r Seperti dijangka, perseorangan dan beregu lelaki negara meraih kemenangan untuk Malaysia malam tadi, namun Indonesia bangkit menyamakan kedudukan apabila menguasai perseorangan dan beregu wanita, sebelum memastikan mata kemenangan dalam acara beregu campuran.\r\r\n\n\n\n\n Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi wakil pertama negara turun ke gelanggang nyata tidak menghampakan apabila menewaskan pasangan Indonesia, Yulianto Alven-Mohammad Ahsan 21-15, 21-17 dalam masa 31 minit tetapi Indonesia menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita, Adriyanti Firdasari yang menewaskan Lydia Cheah 21-8, 21-12.\rMalaysia kembali di depan apabila Lee Chong Wei memungut mata kedua selepas mudah menewaskan pemain kurang ternama Dionysius Hayom 21-8, 21-8.\rSkuad negara yang berharap mencuri mata menerusi pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Greysia Polii-Meiliana Jauhari, 23-21, 21-14 untuk Indonesia kembali mengikat kedudukan 2-2.\rGandingan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menjadi sandaran mencari mata kemenangan gagal melaksanakan tugas apabila tewas kepada Fran Kurniawan-Pia Zebadiah 21-18, 21-15 untuk membolehkan Indonesia yang menundukkan Russia 4-1 Ahad lalu, bergelar juara Kumpulan 1B.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|