|
LONDON: Manchester United semakin hampir menandatangani penjaga gol muda Atletico Madrid yang dinilai tinggi, David De Gea untuk menggantikan Edwin van der Sar yang bakal bersara selepas final Liga Juara-Juara, hujung minggu ini. \r“Kami sudah lama berusaha ke arah itu, kami mengenal pastinya (De Gea) sejak sekian lama sebagai sasaran kami,” kata pengurus United, Alex Ferguson.\r\n\n\n\n\r “Dia adalah penjaga gol muda, pantas, tenang dan mengawal gawang dengan baik. Dia bakal pengganti yang hebat buat Edwin van der Sar,” kata warga Scotland itu mengenai penjaga gol 20 tahun itu. \r \r\n\n\n\n\n “Kami mencari seseorang dengan kualiti sama. Salah satu kualiti hebat Edwin adalah ketenangan dan keupayaannya mengawal keadaan. David De Gea mempunyai ciri-ciri sama daripada segi itu.” \rUnited mengelilingi Eropah untuk mencari pengganti buat Van der Sar yang akan mengundurkan diri selepas final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Wembley. \rMedia British berkata, perjanjian sudah dirangka buat De Gea yang bernilai 21 juta euro (RM88.2 juta). Media Sepanyol melaporkan pengumuman akan dilakukan Isnin ini. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|