CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

BIMB tak minat gabung perbankan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan  ambil kira kedudukan Bank Islam\rBIMB Holdings Bhd tidak berminat untuk menggabungkan unit perbankannya, Bank Islam Malaysia Bhd dengan pesaingnya, Bank Muamalat Bhd buat masa ini.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif BIMB Holdings, Johan Abdullah, berkata keputusan itu diambil selepas membuat pertimbangan sewajarnya yang mengambil kira kedudukan Bank Islam.\r\r\n\n\n\n\n  “Selepas membuat pertimbangan teliti mengenai rancangan strategik semasa dan kedudukan Bank Islam, syarikat tidak boleh mempertimbangkan rancangan penggabungan itu pada masa ini,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia, semalam.\rDRB-Hicom Bhd yang menguasai 70 peratus kepentingan Bank Muamalat sebelum ini menyatakan ia berminat meninjau kemungkinan menggabungkan bank Islam yang dikuasainya itu dengan Bank Muamalat.\rSementara itu, BIMB semalam turut mengumumkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM135.6 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2011, meningkat 35.2 peratus berbanding RM100.3 juta dicatatkannya suku sama tahun lalu.\rJohan berkata, ia diraih daripada pendapatan RM483.87 juta, yang mana RM331.4 juta daripadanya diperoleh daripada pelaburan dana pendeposit manakala RM152.4 juta daripada pelaburan dana pemegang saham.\r\n\n\n\n\rPeningkatan keuntungan itu didorong keputusan operasi lebih tinggi Bank Islam dan Takaful Malaysia Bhd, masing-masing sebanyak 30.9 peratus dan 34.5 peratus.\r“Keputusan kewangan yang memberangsangkan ini didorong pertumbuhan berterusan dalam pembiayaan dan kualiti aset yang bertambah baik dalam Bank Islam dan perniagaan takaful.\r“Pembiayaan kasar dan pendahuluan kumpulan meningkat sebanyak RM557.4 juta atau 4.5 peratus dalam tempoh tiga bulan kepada RM12.8 bilion,” katanya.\rPendapatan sesaham kumpulan itu dalam suku dikaji ialah 4.81 sen, iaitu 43.6 peratus lebih tinggi berbanding 3.35 sen pada suku sama tahun lalu.\rDalam tempoh dikaji, Bank Islam mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai RM107.8 juta, peningkatan 37.0 peratus berbanding RM78.7 juta suku sama tahun lalu.\rTakaful Malaysia pula mencatatkan pendapatan operasi RM309.0 juta bagi suku pertama 2011, disumbangkan terutama perniagaan takaful keluarga, gadai janji dan kenderaan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054911 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list