View: 158|Reply: 0
|
Mat rempit patut sahut cabaran
[Copy link]
|
|
DI Terengganu mat rempit diminta mendaftar sebagai pelumba motosikal secara profesional. Kerajaan negeri akan membiayai yuran pendaftaran, kos latihan, pakaian, peralatan, lesen perlumbaan dan insuran.\rIni sudah cukup bagus, semuanya akan ditanggung. Justeru, mat rempit perlu menyahut cabaran ini. Buktikan kehebatan berlumba motosikal secara sah dan bukan secara haram. \r\n\n\n\n\r Tawaran menjadi pelumba profesional ini mungkin didorong semangat mahu melihat kegiatan lumba haram dapat dikurangkan selepas pelbagai usaha termasuk kempen dan operasi dilaksanakan tidak menampakkan keberkesanan. \r\r\n\n\n\n\n Cuma yang belum dilaksanakan ialah undang-undang memperuntukkan hukuman lebih berat agar wujud rasa gerun dan insaf. Dalam operasi selama ini pelumba haram yang ditahan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. \rPerlukah kita menggubal undang-undang antilumba haram yang memperuntukkan hukuman lebih keras seperti denda yang tinggi, penjara, merampas motosikal dan menahan lesen memandu?\rCadangan ini mungkin kurang disenangi pihak tertentu khususnya yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan individu. Ada pihak mengatakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi. \rPersoalannya pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang bagaimanakah lagi perlu dilakukan untuk membentuk kesedaran? \r\n\n\n\n\rAdakah kita hanya meneruskan kempen dan operasi seperti biasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan akibatnya lumba haram menjadi fenomena lumrah di negara kita?\rZIN MARKAM,\rPontian, Johor.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|