View: 234|Reply: 0
|
Gunung berapi berhenti meletus
[Copy link]
|
|
Jerman tutup dua lapangan terbang akibat debu\rBERLIN: Kepulan awan debu akibat letusan gunung berapi Grimsvotn di Iceland, merebak ke utara Jerman semalam menyebabkan beberapa lapangan terbang dari Hamburg ke Berlin terpaksa ditutup ketika laporan terbaru menyatakan gunung itu mula berhenti meletus.\r\n\n\n\n\rAwan debu akibat letusan gunung berapi ini yang kedua dari Iceland, kurang setahun selepas letusan gunung berapi Eyjafjallaj鰇ull menjejaskan laluan udara Eropah. Pengawal lalu lintas udara berkata, kira-kira 700 penerbangan dibatalkan di seluruh Jerman semalam.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, pakar geologi di Iceland berkata aktiviti gunung berapi itu dilihat sudah berakhir sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, manakala kepulan debu juga semakin berkurangan.\r“Tiada lagi aktiviti gunung berapi Grimsvotn, sejak jam 2 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan ia sudah berakhir sepenuhnya,” kata penyelidik di pejabat Meteorologi Iceland, Sigthrudur Armannsdottir.\rGangguan lalu lintas udara di Jerman tidak menjejaskan Frankfurt dan Munich semalam tetapi penerbangan terbesar negara itu Lufthansa menjangka sekurang-kurangnya 150 penerbangan dari bandaraya itu akan dibatalkan.\rDi bandaraya kedua terbesar Jerman, Hamburg, tiada pesawat dibenarkan mendarat atau berlepas pada jam 6 pagi, tetapi operasi dijangka pulih semula menjelang tengah hari.\r\n\n\n\n\rDi Bremen, lalu lintas udara dihentikan sejak jam 5 pagi dan semua penerbangan dibatalkan hingga kira-kira jam 4 petang. Dua lagi lapangan terbang di Berlin, Tegel dan Schoenefeld ditutup pada jam 11 pagi berikutan kebimbangan awan debu mungkin menyebabkan kerosakan enjin. Bagaimanapun pegawai berkata operasi pulih kira-kira jam 2 petang.\rGrimsvotn, gunung berapi paling aktif di Iceland mula meletus Sabtu lalu dan memuntahkan awan debu sehingga setinggi kira-kira 20 kilometer ke udara, paling aktif dalam tempoh kira-kira satu abad.\rKira-kira setahun lalu, letusan gunung berapi Eyjafjallaj鰇ull, menyebabkan \rlebih 100,000 penerbangan terpaksa dibatalkan, menjejaskan lebih lapan juta penumpang dan yang paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|