CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Bisnes Dunia: Prestasi pasaran saham Asia susut

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Isu hutang Eropah cetus  kebimbangan\rPASARAN saham Asia susut di sebalik laporan prestasi kukuh pengeluar kenderaan Jepun dan bakal pulih lebih cepat daripada jangkaan, selepas aktiviti pengeluarannya terjejas ekoran bencana tsunami dan gempa bumi pada Mac lalu.\r\n\n\n\n\r  Prestasi pasaran saham serantau semalam dipengaruhi pergerakan Wall Street, yang mana menyaksikan saham teknologi terjejas dan pengumuman data jualan kediaman yang suram menjejaskan sentimen pelabur, manakala isu hutang kerajaan zon Eropah terus menimbulkan kebimbangan.\r\r\n\n\n\n\n  Tokyo mengakhiri dagangan pada 9,422.88 mata, susut 0.57 peratus atau 54.29 mata dan Seoul ditutup 1.26 peratus atau 25.89 mata lebih rendah kepada 2,035.87 mata.\rSydney susut 0.95 peratus atau 44.1 mata kepada 4,584.7 mata. Shanghai ditutup 0.91 peratus atau 25.32 mata lebih rendah kepada 2,741.74 berikutan kebimbangan berterusan berhubung kemungkinan pertumbuhan perlahan ekonomi China.\rNamun, Hong Kong pulih daripada kerugian awal untuk mengakhiri dagangan dengan peningkatan 16.50 mata kepada 22,747.28. \rPengeluar kenderaan Jepun sedang giat berusaha untuk meningkatkan sentimen pasaran.\r\n\n\n\n\rRantaian bekalan syarikat itu terjejas teruk susulan bencana tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac lalu, namun akhbar Nikkei melaporkan pemulihan ketara   berlaku yang mana mampu menyaksikan pengeluaran To-yota mampu kembali ke paras 90 peratus normal menjelang bulan depan.\rToyota ditutup naik 2.16 peratus, Honda meningkat 1.32 peratus, Nissan menokok 1.28 peratus dan Denso, pembekal utama Toyota melonjak 0.21 peratus.\rNamun, selepas pasaran ditutup, Toyota   menafikan laporan berkenaan dengan berkata, tiada perubahan dari segi sasaran untuk menca-pai 70 peratus pengeluaran pada Jun.\rSecara keseluruhannya, indeks Nikkei ditarik turun   saham teknologi, yang dipengaruhi prestasi saham sektor berkenaan di Amerika Syarikat (AS).\rSelepas pasaran ditutup, Sony pula mengumumkan bahawa penghadang keselamatan anak syarikatnya di Greece sudah diceroboh dan memberi kesan kepada 8,500 penggunanya.\rPengatur Strategi Ekuiti Okasan Securities, Hideyuki Ishiguro, berkata pasaran tidak akan memberi reaksi negatif yang ketara berhubung perkara itu kerana jumlah pengguna terbabit adalah kecil berbanding 100 juta pengguna akaun yang terjejas ekoran serangan awal ke atas rangkaian Playstation dan beberapa perkhidmatan   hiburan dalam talian lain.\r“Namun begitu, imej Sony pada peringkat global akan terus terjejas jika perkara sebegitu berterusan walaupun dalam skala kecil,” katanya.\rSebelum ini, laman web eShop milik Sony Ericsson di Canadian juga berdepan masalah sama dengan 2,000 pengguna terjejas. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044348 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list