View: 92|Reply: 0
|
Jus katak tonik mujarab Ji-Sung
[Copy link]
|
|
Rasa teruk, tapi minum jadi kuat\rLONDON: Park Ji-Sung (atas) men璬edahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci Manchester United dalam usaha menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, esok.\r\n\n\n\n\rLarian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan menentang juara Sepanyol di Wembley, tetapi ia adalah ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu.\r\r\n\n\n\n\nSelepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.\rDalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunju璶gi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.\rApabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.\rPark mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.\r\n\n\n\n\r\"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya,\" kata Park.\r\"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya.\" - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|