CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

3 pihak kurang proaktif hak anak yatim

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PERHATIAN saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh baru-baru ini, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\rSaya tidak mempertikaikan kenyataan menteri berkenaan dan percaya mesti ada rekod JKM yang menunjukkan rumah anak yatim itu tidak berdaftar dengannya. Untuk perhatian umum proses untuk rumah yatim mendaftar dengan JKM, setahu saya, memerlukan kelulusan terlebih dulu daripada tiga badan berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan. Ini saya yakin adalah kerana ada syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah rumah anak yatim sebelum boleh ia dikenali secara rasmi sebagai rumah sedemikian.\r\n\n\n\n\r Bagi rumah anak yatim pula, pendaftaran dengan JKM membolehkan bantuan kewangan berdasarkan bilangan anak yatim diberi oleh JKM. Rumah anak yatim yang tidak mendaftar dengan JKM tidak layak menerima bantuan ini.\r\r\n\n\n\n\n Apa yang membuat saya terkilan berkaitan perkara di atas ialah terdapatnya kes di mana tiga badan berkuasa yang disebut di atas lembap atau tidak responsif dalam memberi maklum balas kepada permohonan yang diserah oleh rumah anak yatim. Saya sendiri tahu akan kes sebuah rumah anak yatim di Lembah Klang ini yang selepas setahun membuat permohonan mendapat jawapan kelulusan daripada hanya satu daripada tiga badan berkuasa terbabit. Yang dua lagi terus menyepi. Ini pada saya amatlah tidak bertimbang rasa.\rBantuan kewangan JKM amat besar maknanya kepada anak yatim. Pihak yang memberi kelulusan mestilah lebih bertanggungjawab dan prihatin supaya tidak menutup rezeki anak yatim. Mereka mestilah memberi keutamaan kepada  kelulusan daripada rumah anak yatim dan bertindak serta-merta memberi maklum balas. Jika ada syarat dan garis panduan yang tidak dipenuhi oleh rumah anak yatim yang memohon, beritahu dengan segera supaya pembetulan boleh diambil oleh pengurusan rumah anak yatim. Pokoknya, ini semua akan memberi kesan kepada kebajikan dan rezeki anak yatim penghuni rumah berkenaan.\rSaya juga menyeru kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen, tidak kira daripada parti politik mana sekalipun, untuk menyelidik sama ada rumah anak yatim di kawasan masing-masing yang memulakan proses untuk mendaftar dengan JKM tetapi masih belum mendapat kelulusan daripada tiga pihak berkuasa yang dinyatakan di atas. Saya menggesa mereka untuk memberi bantuan sewajarnya kepada rumah anak yatim itu supaya proses pendaftaran mereka dengan JKM tidak dilengah-lengahkan. Bantuan kewangan JKM amatlah besar maknanya anak yatim yang terbabit.\rMISKAM SUPARMAN,\r\n\n\n\nKlang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list