CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69|Reply: 0

Misi 2013 bertambah sukar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BERAKHIRNYA cabaran skuad badminton negara di suku akhir Piala Sudirman di Qindao, China malam kelmarin harus menyaksikan penantian negara menjulang piala itu buat pertama kali sejak ia diperkenalkan pada 1989 akan terus berpanjangan.\rApa lagi, kekuatan skuad negara menghadapi kejohanan 2013 - mungkin di gelanggang sendiri - pasti akan terjejas tanpa khidmat kapten, Lee Chong Wei yang dijangka menggantung raket selepas Sukan Olimpik 2012.\r\n\n\n\n\rNamun, ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky masih optimis dengan menegaskan peluang skuad negara untuk menjulang piala itu buat julung kali mampu tercapai andai proses pembinaan semula pasukan dilakukan segera mulai sekarang.\r\r\n\n\n\n\n “Ramai meramalkan kekuatan skuad negara bagi menghadapi kejohanan 2013 tidak sekuat skuad sekarang kerana ketiadaan Lee Chong Wei. Memang benar kerana bukan mudah mencari pengganti pemain sepertinya.\r“Namun, sekiranya kita membina semula pasukan mulai sekarang dengan menghantar lebih ramai pemain muda menyertai kejohanan antarabangsa, tidak ada sebab kita tidak mampu menjadi pencabar dan menjuarai piala itu pada 2013,” katanya.\rCabaran skuad negara dalam acara berpasukan campuran itu berakhir apabila tunduk 2-3 kepada finalis 2009 Korea Selatan di suku akhir malam kelmarin walaupun pada satu ketika sudah di ambang kemenangan dengan mendahului 2-1.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.030570 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list