CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

MSL tak wajar kurang pasukan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dibuat secara terlalu drastik kerana saingan liga  sedang berjalan\rKETUA jurulatih Kuala Lumpur, Mohamed Razip Ismail menyifatkan cadangan Liga Super Malaysia (MSL) untuk mengurangkan pasukan bertanding dalam Liga Super musim depan sebagai kurang tepat dan akan memberi lebih tekanan kepada setiap pasukan bertanding.\r\n\n\n\n\r  Katanya, dia menganggap keputusan  mengurangkan pasukan dalam Liga Super kepada 12 daripada jumlah asal 14 musim ini tidak kena pada masanya.\r  “Keputusan untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam saingan Liga Super musim depan dibuat secara terlalu drastik kerana saingan liga kini sedang berjalan dan hampir ke penghujungnya.\r\n\n\n\n\n\r“Semua pasukan di Liga Perdana sudah berjuang habis-habisan untuk dinaikkan ke saingan Liga Super musim depan malah pasukan di kelompok bawah carta Liga Super juga bertungkus lumus untuk terus kekal.\r“Saya rasa bila format musim depan berubah pasukan yang akan dinaikkan ke Liga Super mesti tidak akan berpuas hati dan mungkin akan terus mematikan semangat juang mereka,” katanya.\rAkhbar sebelum ini melaporkan MSL mencadangkan untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam Liga Super untuk saingan musim depan kepada 12 berbanding 14 musim ini.\rCadangan itu menimbulkan kemungkinan berlaku play-off antara pasukan tertentu untuk layak beraksi di Liga Super sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKNS serta Sarawak yang sudah dinobatkan sebagai juara dan naib juara Liga Perdana.\rRazip  berkata, perkara berkenaan sepatutnya dimaklumkan lebih awal dan bukannya dibuat ketika pertengahan saingan liga yang sedang berjalan.\r“Kuala Lumpur juga kini berada dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan kedudukan di Liga Super namun kami akan cuba melakukan yang terbaik dalam baki empat perlawanan untuk berada sekurang-kurangnya di kedudukan 10 terbaik,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.267646 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list